[Kemaskini] BN nafi pengumuman GPS, belum bersetuju gabung dengan PN, GPS, GRS untuk membentuk kerajaan Persekutuan

20 Nov 2022 • 10:03 PM MYT
Newswav
Newswav

Newswav

Image from: [Kemaskini] BN nafi pengumuman GPS, belum bersetuju gabung dengan PN, GPS, GRS untuk membentuk kerajaan Persekutuan

(Kuching, Nov 22) Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari, mengumumkan bahawa GPS akan bergabung dengan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk kerajaaan Persekutuan yang stabil dan kuat. 

“Kita semua sedia maklum bahawa tiada sesebuah parti mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan setelah selesai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PBB hari ini.

Image from: [Kemaskini] BN nafi pengumuman GPS, belum bersetuju gabung dengan PN, GPS, GRS untuk membentuk kerajaan Persekutuan

Beliau berkata keputusan itu dibuat untuk mengukuh dan menstabilkan negara dan kesejahteraan rakyat. - TVS

Abang Johari turut memaklumkan partinya memilih Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan media bahawa beliau telah mendapat sokongan daripada GPS and GRS untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Namun demikian, beliau tidak menyebut tentang sokongan daripada BN. 

Sebaliknya, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Zahid Hamidi menegaskan bahawa BN tidak pernah sama sekali berunding dengan GPS untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan persekutuan bersama PN.

Beliau juga menyatakan bahawa tiada sebarang perundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud kepada persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan. 

Kesemua ahli Parlimen BN yang memenangi PRU15 telah memberi mandat kepadanya selaku Presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan Kerajaan.

Image from: [Kemaskini] BN nafi pengumuman GPS, belum bersetuju gabung dengan PN, GPS, GRS untuk membentuk kerajaan Persekutuan