PAS Johor Nafi Risalah Palsu Gesa Pengundi Tolak PH

LocalPolitics
10 Jul 2026 • 6:43 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

PAS Johor Nafi Risalah Palsu Gesa Pengundi Tolak PH

JOHOR BAHRU - PAS Johor menafikan kesahihan satu risalah bertajuk “Amanat Tuan Guru Presiden PAS” yang didakwa menggesa pengundi menolak calon Pakatan Harapan (PH) dan menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mohd Firdaus Jaffar berkata, risalah berkenaan bukan kenyataan, arahan atau ketetapan rasmi yang dikeluarkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, risalah terbabit tidak pernah diterbitkan oleh kepimpinan PAS Pusat mahupun PAS Johor.

“PAS Johor memandang serius penyebaran bahan yang menggunakan nama dan imej pemimpin parti tanpa kebenaran kerana tindakan itu boleh mengelirukan ahli, penyokong serta orang ramai mengenai pendirian rasmi parti.

“Sehubungan itu, semua ahli, penyokong dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan risalah berkenaan serta sentiasa merujuk saluran rasmi PAS bagi mendapatkan kenyataan yang sahih dan maklumat yang tepat,” katanya.

Mohd Firdaus turut mengingatkan semua pihak agar mengamalkan politik yang matang, beretika dan bertanggungjawab.

“Penyebaran bahan palsu serta maklumat mengelirukan, boleh menjejaskan proses demokrasi selain menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, risalah berkenaan tular di media sosial dengan mendakwa ia merupakan arahan daripada Abdul Hadi.

Risalah berkenaan turut memaparkan nama dan imej Presiden PAS itu. - Getaran, 10 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved