Akui tak pakai helmet ketika kempen PRN, Sheikh Omar janji bayar saman -“Saya minta maaf”

LocalPolitics
10 Jul 2026 • 4:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali mengakui kesilapan apabila tidak memakai helmet sewaktu konvoi kempen Pakatan Harapan (PH).

Mohon maaf atas kesilapan

Dalam hantaran di media sosial, beliau memohon maaf diatas kesalahan yang dilakukan sewaktu penamaan calon di Pekan Paloh tempoh hari.

“Itu saya.
“Saya mohon maaf kerana menaiki motorsikal tanpa topi keledar pada pagi penamaan calon di Pekan Paloh” ujarnya.

Akan bayar saman

Susulan daripada itu, beliau menyatakan akan membayar saman dikenakan susulan kecuaian yang dilakukan sehingga imej tangkapan layar video sewaktu konvoi tersebut tular di media sosial.

“Saya akan bayar saman,” tulisnya ringkas.

 

Image from: Akui tak pakai helmet ketika kempen PRN, Sheikh Omar janji bayar saman -“Saya minta maaf”

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya memandang serius rakaman video yang tular memaparkan sekumpulan petugas kempen PH, termasuk daripada DAP, menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar ketika berkempen.

Beliau menegaskan, pendiriannya mengenai pematuhan undang-undang keselamatan jalan raya kekal konsisten sejak dahulu dan tidak berubah walaupun melibatkan rakan dalam gabungan politik sendiri.

Menurutnya, tiada kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan, walaupun membabitkan rakan sekempen sendiri.

Sumber: Facebook Sheikh Omar Ali

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved