Pas kutuk pembunuhan Yahya Sinwar

18 Oct 2024 • 9:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Abdul Hadi

image is not available
Foto pada 2011 menunjukkan Yahya (kiri) berpelukan dengan Ismail Haniyeh (kanan). Foto Reuters

KOTA BHARU - Pas mengecam serangan Israel yang mengorbankan nyawa Ketua Politik Hamas, Yahya Sinwar.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, seluruh dunia perlu melakukan perkara sama selain menyifatkan Zionis itu sebagai dalang serangan.

“Seluruh dunia perlu mengutuk Israel yang pengecut dan bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza.

“Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Pas juga mengucapkan takziah kepada keluarga Yahya Sinwar atas tragedi itu.

“Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas mereka dan dikurniakan ganjaran syahid di sisi ALLAH,” ujar beliau.

Dalam satu kenyataan oleh tentera Israel pada Khamis memperincikan bahawa pemimpin Hamas, Yahya Sinwar terbunuh dalam pertempuran selepas dikesan 'pergi dari rumah ke rumah' dalam usaha mengelak dikesan di selatan Gaza.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved