Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini menjadi parti politik pertama di Malaysia yang mempunyai aplikasi semua dalam satu tersendiri, atau turut dikenali ramai sebagai “super apps”. Dinamakan sebagai MyOnePAS, ia diperkenalkan hari ini yang mengintegrasikan sejumlah ciri menarik melaluinya.

Aplikasi MyOnePAS ini hadir dengan sokongan penawaran kandungan memfokuskan gaya hidup Islamik, termasuk ciri seperti arah kiblat, waktu solat, dan juga sokongan speerti maklumat keahlian, sumbangan dan informasi berkaitan PAS.
Menariknya juga, ia turut diintegrasikan dengan ciri dompet digital yang dipautkan bersama dengan kad prabayar MyOnePAS Mastercard.

Sejumlah ciri-ciri turut dirancang untuk ditambah secara berperingkat pada aplikasi berkenaan, termasuk seperti SKIMPAS, PASTI, PASnews, PASpay, PASpoll, PASmonitor, PASapps, PASdeal, PASmoney, PAS Experience, PAS999, PASdata.
Menurut perkongsian, aplikasi berkenaan dalam proses penstabilan, tetapi pengguna Android yang berminat boleh memuat-turun versi APK melalui laman rasmi. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah akan diterbitkan terus pada Google Play Store atau Apple App Store.
- Sumber
- FB PAS

