Pas MyKomuter50 dilaksana seawal Disember ini

LocalBusiness & Finance
12 Oct 2026 • 3:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pas MyKomuter50 dilaksana seawal Disember ini

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memperkenalkan pas MyKomuter50 pada kadar RM50 sebulan bagi pengguna perkhidmatan KTM Komuter sebagai langkah membantu mengurangkan kos hidup rakyat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pas bulanan itu diperkenalkan khusus buat warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter tanpa had selama 30 hari.

Beliau berkata, inisiatif itu disasar untuk dilaksanakan bermula seawal 1 Disember ini atau selewat-lewatnya 1 Januari 2027.

“Pengguna hanya perlu menggunakan MyKad untuk mendaftar dan mendapatkan pas berkenaan manakala mekanisme sistem pelaksanaannya sedang diperkemas oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“Pengguna laluan jarak jauh berpotensi menikmati penjimatan ketara, termasuk sehingga RM366 sebulan bagi perjalanan dari Tanjung Malim ke Kuala Lumpur atau dari Padang Besar ke Butterworth dan Kulim,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Pas MyKomuter50 dilaksana seawal Disember ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved