
PETALING JAYA: Kerajaan akan memperkenalkan kemudahan MyKomuter50 untuk memanfaatkan 40,000 pengguna KTM Komuter.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui kemudahan itu, wang pengguna dapat dijimatkan sehingga RM160 sebulan.
“Sementara itu, pas percuma diberikan kepada 360,000 murid sekolah, komuniti OKU dan kanak-kanak bawah enam tahun,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau juga mengumumkan kemudahan My50 diteruskan untuk manfaatkan 300,000 pengguna bas dan rel Prasarana di Lembah Klang. –UTUSAN
The post Kerajaan perkenal MyKomuter50 appeared first on Utusan Malaysia.





