Pas Sarawak sasar empat kerusi Dun pada PRN ke-13

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 3:50 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Pas Sarawak sasar empat kerusi Dun pada PRN ke-13

Pesuruhjaya PAS Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo berkata kerusi keempat itu berkemungkinan melibatkan kawasan di bawah Parlimen Bintulu atau Sibuti, namun keputusan akhir tertakluk pada kelulusan kepimpinan tertinggi parti.

KUCHING: PAS Sarawak menyasarkan untuk bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13, iaitu Beting Maro, Samariang dan Sebuyau, manakala satu lagi kerusi di wilayah utara negeri itu masih dalam pertimbangan.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo berkata kerusi keempat itu berkemungkinan melibatkan kawasan di bawah Parlimen Bintulu atau Sibuti, namun keputusan akhir tertakluk pada kelulusan kepimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata pemilihan kerusi berkenaan mengambil kira persediaan jentera parti yang telah digerakkan lebih awal serta pengalaman PAS bertanding di Sarawak dari 2001.

Sejak mula bertanding di Sarawak pada 2001, PAS masih belum memenangi sebarang kerusi DUN di negeri itu.

Parti berkenaan kini mempunyai lebih 8,000 ahli di Sarawak, termasuk 1,423 ahli berdaftar di Beting Maro dengan lapan cawangan aktif.

Semalam, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media khas mengumumkan pembubaran DUN Sarawak berkuat kuasa pada Isnin, 26 Okt, bagi memberikan laluan kepada PRN ke-13.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved