Pas Selangor ambil iktibar perjuangan Mat Kilau teruskan perjuangan

Politics
5 Jul 2022 • 10:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Pengalaman perit getir para pejuang dan pahlawan Melayu silam perlu dijadikan iktibar dalam mendepani cabaran semasa terutama demi penyatuan ummah.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perjuangan pahlawan Mat Kilau seperti dalam filem 'Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan' menunjukkan asas kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada keupayaan mereka bersatu dan berpegang teguh pada agama.

Menurutnya, kekuatan ummah juga mampu memberi dan menjamin keadilan buat semua termasuk dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Selangor.

"Ia juga teras yang akan menjamin terbela nasib serta masa depan agama, bangsa dan tanah air ini.

"Pas Selangor akan terus terajui politik perpaduan dan penyatuan ummah ini demi membawa kestabilan dan kesejahteraan buat negeri Selangor tercinta," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved