PAS tentukan hala tuju sokongan kepada Bersatu, PRN Johor esok: Takiyuddin

LocalPolitics
28 Jun 2026 • 10:46 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: PAS tentukan hala tuju sokongan kepada Bersatu, PRN Johor esok: Takiyuddin

KUALA LUMPUR - PAS akan memutuskan hala tuju sokongan kepada Bersatu dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada Isnin ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika mengesahkannya berkata, keputusan itu akan dibuat dalam mesyuarat khas PAS pusat yang akan diadakan pada jam 5 petang, lapor Sinar Harian.

"Setakat ini PAS masih berpegang kepada kenyataan yang dibuat oleh Presiden sebelum ini. Pada Isnin ini, PAS Pusat akan bermesyuarat untuk membuat keputusan mengenai pelbagai perkara.

"Buat masa ini, belum ada sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kota Bharu, malam tadi.’

Beliau turut memaklumkan bahawa mesyuarat itu akan membincangkan kerjasama politik melibatkan PAS dan parti-parti lain dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, mengenai penggunaan logo PN pada PRN Johor, Takiyuddin menjelaskan bahawa isu itu telah selesai memandangkan proses penamaan calon telah selesai semalam.

"Tidak timbul soal hendak tukar kepada logo lain. Sehingga semalam, 16 calon daripada Bersatu, 11 calon daripada PAS dan lima calon daripada Gerakan semuanya menggunakan logo PN. Macam mana hendak tukar sekarang? Calon sudah pun bertanding. Itulah logo yang dibenarkan PN untuk digunakan oleh parti-parti komponennya," katanya.

Beliau turut berpandangan bahawa semua parti yang bertanding mempunyai peluang yang sama memandangkan PRN Johor melibatkan parti-parti yang berpengalaman dan pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini, termasuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan PRN Johor 2022.

"Saya fikir semua parti mempunyai peluang yang sama. Kita tengok bagaimana keputusannya nanti," katanya. - 28 Jun, 2026

The post PAS tentukan hala tuju sokongan kepada Bersatu, PRN Johor esok: Takiyuddin appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved