PAS tentukan status hubungan dengan Bersatu esok

LocalPolitics
7 Jun 2026 • 4:55 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: PAS tentukan status hubungan dengan Bersatu esok

KUALA LUMPUR – PAS akan membuat keputusan mengenai kerjasama dengan Bersatu esok, kata presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Esok, Insya-Allah.

“Kita mesyuarat malam (di Kuala Lumpur),’ katanya ringkas ketika ditanya mengenai spekulasi tentang hubungan Bersatu dan PAS yang hangat diperkatakan ketika ini.

Beliau ditemui media selepas melancarkan Buku Perang Iran-Israel karyanya sempena Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Baru-baru ini, Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS memberi mandat kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk bertindak susulan krisis dalaman Bersatu.

Majlis Syura melahirkan kebimbangan serius terhadap krisis dan konflik dalaman parti itu yang dilihat memberi kesan kepada kekuatan, kestabilan, serta keyakinan rakyat terhadap hala tuju Perikatan Nasional (PN).

Pada Mei, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata PAS akan menilai semula kerjasama dengan Bersatu susulan beberapa tindakan parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dilihat melanggar semangat setia kawan dalam PN.

Salah satu tindakan berkenaan ialah keputusan Bersatu memecat beberapa Exco Kerajaan Kedah serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dari kalangan pemimpin parti itu sendiri.

Hadi berkata, pertukaran atau pemecatan mana-mana ahli tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu berasaskan kepada alasan kukuh yang menjejaskan prestasi sesebuah parti. - 7 Jun, 2026

The post PAS tentukan status hubungan dengan Bersatu esok appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved