PAS tuntut kebebasan bersuara! Kecam pendakwaan terpilih terhadap Haim Hilman

LocalPolitics
25 Jun 2026 • 6:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

PAS menyifatkan pertuduhan terhadap Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, sebagai bukti berterusannya amalan pendakwaan terpilih terhadap pemimpin pembangkang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu memandang serius tindakan mendakwa Exco Kerajaan Negeri Kedah berkenaan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan susulan ucapan dalam satu program pada 13 Jun lalu.

Menurut beliau, PAS secara konsisten mengecam sebarang bentuk pendakwaan terpilih, khususnya apabila isu yang dibangkitkan oleh Haim Hilman berkaitan akses kepada pendidikan yang juga bidang kepakarannya.

“Trend mendakwa ahli politik pembangkang pada kadar yang segera dan cepat yang berterusan juga menjadi indikator bahawa ia benar-benar merupakan suatu pendakwaan terpilih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Image from: PAS tuntut kebebasan bersuara! Kecam pendakwaan terpilih terhadap Haim Hilman

Awal hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra itu didakwa di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan kewujudan kemasukan pelajar ke universiti awam (UA) tanpa melalui saluran Unit Pusat Universiti (UPU).

Takiyuddin turut mempersoalkan tindakan terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa lebih cepat diambil berbanding beberapa pemimpin kerajaan lain yang menurutnya turut menyentuh isu sensitif.

Beliau menegaskan, ucapan Haim Hilman dalam program berkenaan adalah bersifat teguran serta sebahagian daripada fungsi semak dan imbang terhadap dasar kerajaan khususnya dalam sektor pendidikan tinggi.

Artikel lain: Saya akan kekal istiqamah perjuangkan keadilan pendidikan, akses ke universiti ikut merit – Haim Hilman

PAS dalam masa sama menuntut agar hak kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dihormati semua pihak dan tidak disekat melalui tindakan yang disifatkan bermotif politik.

Image from: PAS tuntut kebebasan bersuara! Kecam pendakwaan terpilih terhadap Haim Hilman

Terdahulu, Haim Hilman dalam ceramah umum di Seremban pada 13 Jun lalu mendakwa wujud kemasukan pelajar ke universiti awam melalui saluran ‘pintu belakang’ tanpa melalui UPU, yang kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi termasuk penelitian tindakan undang-undang oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Sumber: FB Takiyuddin Haji Hassan
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved