“Ditinggalkan Seorang Diri?” — Pendaki Gunung Liang Ditemui Maut, Netizen Persoal Tindakan Sweeper Lepas Tangan

17 Oct 2025 • 10:18 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia pendaki

Seorang pendaki yang dilaporkan hilang sejak 14 Oktober ditemui meninggal dunia di Gunung Liang, Perak.

Menurut laporan Berita RTM, mangsa, Mustaqqeem Mansoor mendaki gunung itu bersama 10 rakan lain dari Bukit Fraser, Pahang menuju ke Gunung Liang, sejak 10 Oktober lalu.

Mangsa ditinggalkan dalam keadaan cedera

Menurut maklumat, kali terakhir mangsa dilihat pada pukul 10.30 malam Selasa lalu, di puncak Gunung Liang Barat dalam keadaan cedera di kaki dan berjalan perlahan.

image is not available

Selepas laporan diterima, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan 22 anggota dibuat dan mangsa ditemui meninggal dunia di puncak Gunung Liang Barat.

Kematian tragis ini mengundang perasaan simpati masyarakat. Rata-rata mempersoalkan tindakan rakan-rakan serta ‘sweeper’ yang sepatutnya bertanggungjawab.

“Macam mana guide dan sweeper boleh tergamak tinggal?”

image is not available

Ada yang menuduh bahawa pihak guide atau sweeper tidak menjalankan tanggungjawab mereka sepenuhnya sehingga mangsa ‘ditinggalkan’ seorang diri.

Ada juga yang menasihatkan agar netizen berhati-hati menyuarakan tuduhan tanpa fakta kerana boleh menambah beban kepada keluarga mangsa.

Pssttt! Kisah ini menyentuh hati ramai kerana ia membawa persoalan tentang tanggungjawab pihak yang menemani pendaki serta keselamatan dalam aktiviti ekstrem seperti mendaki. Kepada keluarga mangsa, semoga Allah cucuri rahmat ke atas arwah dan memberi kekuatan kepada kalian dalam waktu sukar ini.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.