Pasal Diana Danielle Minta Cerai, Netizen Anggap Ia Kifarah Buat Farid Kamil Kerana Sindir Syamsul Yusof 

20 Mar 2023 • 5:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tiada ada angin, tiada ribut, tiba-tiba Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil. - Gambar Instagram Farid Kamil

Tiada ada angin, tiada ribut, tiba-tiba pelakon Diana Danielle dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil. 

Perkara itu juga turut membuatkan netizen terkejut dan bagaikan tidak percaya kerana Diana dan Farid dianggap sebagai pasangan suami isteri selebriti yang cukup bahagia dengan rumahtangga mereka. 

Bahkan, mereka sekeluarga juga baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah, baru-baru ini. 

Semuanya nampak okay, sehinggalah muncul laporan berita mengenai tentang permohonan cerai daripada Diana ini. 

Namun, kebanyakan netizen menyalahkan Farid kerana telah menyindir dan memerli  Syamsul Yusof menerusi posting IG story miliknya, susulan pendedahan yang dibuat Puteri Sarah Liyana bahawa dia pernah dipukul Syamsul. 

Beberapa netizen berpendapat apa yang berlaku terhadap Farid Kamil ini adalah satu kifarah buat dirinya dan menasihatinya supaya tidak menyindir atau mengatakan sesiapa lagi pada masa akan datang.  

Permohonan cerai daripada Diana telah dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestar , pada pagi ini.

Difahamkan permohonan cerai itu dibuat kerana tiadanya persefahaman di antara mereka berdua dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). Namun, Farid juga dikatakan enggan melafazkan cerai. 

Ketika diminta untuk memberikan komen, Farid menerusi pesanan mesej Whatsapp erkata : “Biarlah mahkamah yang menentukan”. - Getaran, 20 Mac 2023