“Pasang bukan sebab suka-suka” – Penghuni Flat ‘Selera Condo’ Buat Laporan Polis, Enggan Cabut Gril Besi

Entertainment
16 Jan 2024 • 1:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular sejak minggu lalu mengenai aduan rider tentang penghuni flat di Wangsa Maju yang memasang pintu gril besi sehingga menghalang laluan koridor di rumah itu.

Dalam hantaran pengguna Facebook Shanor Hijas, turut memaparkan beberapa gambar laluan yang dihalang serta luahan bertulis di dinding di blok berkenaan.


Susulan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis arahan kepada pengurusan flat terbabit untuk mengambil tindakan terhadap penghuni yang memasang pintu gril besi itu.

Pun begitu, laporan Berita Harian menyatakan blok flat tersebut didapati keadaannya masih lagi sama seperti minggu lalu.

image is not available

 

Katanya, cuma dinding yang diconteng dengan sindiran kepada pemilik unit yang dibersihkan.

Malah, penduduk yang terbabit memasang pintu gril besi turut membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan mereka.

“Laporan polis itu dibuat kerana untuk menjelaskan kepada DBKL bahawa pagar tersebut dipasang bukan kerana suka-suka.

“Dulu pernah ada kejadian memecah rumah dan juga mengintai. Sebagai langkah keselamatan penduduk di blok tersebut memasang jeriji,” kata pengurus bangunan.

Difahamkan, DBKL memberi tempoh 14 hari bermula 10 Januari lalu untuk penghuni membuka semula pintu gril yang mengganggu laluan awam.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.