Pasang Kamera CCTV Dalam Tandas Pelajar Perempuan, Tindakan Sekolah Ini Dikecam Ramai

Entertainment
28 Oct 2023 • 11:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan awam seperti di pusat beli belah, dewan serbaguna dan tempat parkir kereta memang sangat digalakkan supaya boleh dijadikan bukti jika berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kecurian atau penculikan.

Namun, sekolah di Rusia ini pula telah memasang kamera CCTV di dalam tandas pelajar perempuan!

image is not available

Memetik laporan Oddity Central, tindakan sekolah tersebut telah dikecam oleh warganet negara itu kerana ramai yang berpendapat ruang tandas sepatutnya menjadi ruang yang menjaga privasi pelajar-pelajar.

Tambahan pula, CCTV itu difahamkan hanya dipasang di dalam tandas pelajar perempuan, manakala tandas pelajar lelaki pun tidak terbabit dengan pemasangan kamera itu.

Walau bagaimanapun, CCTV itu hanya menghala ke bahagian luar kubikel tandas, jadi kegiatan pelajar yang sedang berada di dalam kubikel tandas tidak akan dapat dilihat atau dirakam.

image is not available

Menurut wakil sekolah berkenaan, pemasangan CCTV di dalam tandas sekolah itu adalah penting untuk memastikan pelajar tidak merokok, bergaduh atau melakukan mana-mana aktiviti yang tidak dibenarkan di sekolah.

Namun, pemasangan CCTV itu tetap tidak dipersetujui oleh ibu bapa pelajar perempuan kerana ramai yang berpendapat, jika ada pelajar yang tetap mahu melakukan aktiviti yang tidak dibenarkan di sekolah, mereka tetap boleh melakukannya di dalam tandas itu dengan cara menutup kamera CCTV dengan kain atau sebagainya.

Difahamkan, setelah dikritik, sekolah berkenaan telah menutup sementara sistem CCTV itu dan pihak sekolah akan berbincang semula sama ada untuk terus menggunakan CCTV itu ataupun tidak.

Namun, dalam masa yang sama, menurut laporan media tempatan, ada juga penduduk sekitar sekolah itu yang bersetuju bahawa pemasangan CCTV itu boleh mengelakkan pelajar dari mengotorkan atau melakukan vandalisme dalam tandas itu memandangkan tandas itu baru saja siap dibaik pulih.

Ini kerana selepas sebulan tandas itu siap dibaiki, terdapat laporan bahawa tempat letak tisu tandas dan sabun telah rosak akibat pelajar yang tidak bertanggungjawab.

Ia juga boleh mngelakkan mereka dari merokok, menghisap dadah atau membuli pelajar lain di dalam tandas.

Apa pula pendapat korang?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.