Polis Melaka telah mengenal pasti identiti pemandu pikap Isuzu yang tular di media sosial selepas didapati memaparkan pelekat bertulisan bahasa rasmi Israel, Hebrew, dengan maksud Malaysia di tangan kami. Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata individu terbabit merupakan warga tempatan namun setakat ini belum ditahan. Sebelum ini, tular video berdurasi 14 saat menunjukkan pacuan empat roda jenis Isuzu memasang pelekat tulisan Hebrew pada bahagian badan kenderaan. Artikel lain: Cetus Tanda Tanya! Tular Pikap Dengan Tulisan Hebrew ‘Malaysia Rumah Kami’ Hasil semakan mendapati kenderaan itu didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan. Menurut Dzulkhairi, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 3.32 petang semalam daripada seorang pegawai khas agama kepada Ketua Menteri Melaka yang ternampak video berkenaan di media sosial. Tambah beliau, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan telekomunikasi. Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawim)Pemandu tempatan pasang pelekat Tulisan Hebrew

“Siasatan sedang dijalankan dan pemandu berkenaan sudah dikenal pasti. Bagaimanapun, tangkapan belum dilakukan,” katanya.

“Berikutan laporan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan atau kegentaran awam,” ujarnya.
The post Pasang Pelekat Tulisan Hebrew Pada Pikap, Pemandu Warga Tempatan – Polis appeared first on Borak Daily.

