Pasangan Doktor Disiasat JAIM, Berdepan Tindakan Buang Kerja

LocalPolitics
31 Jul 2025 • 5:42 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sepasang doktor perubatan berdepan risiko tatatertib termasuk kemungkinan penamatan perkhidmatan selepas ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Taman Semabok Perdana, Selasa lalu.

Doktor lelaki persoalkan pemeriksaan penguat kuasa

Menurut laporan Sinar Harian, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, sebarang tindakan hanya akan diputuskan selepas laporan siasatan JAIM diterima sepenuhnya.

image is not available

Foto: Sinar

“Sekiranya terbukti berlaku kesalahan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya termasuk penamatan perkhidmatan.

“Setakat ini, kedua-duanya masih bertugas sementara laporan lengkap diperoleh,” katanya.

Sebelum ini, JAIM menahan doktor lelaki berkenaan bersama pasangannya dalam serbuan kira-kira jam 3.25 petang. Pasangan itu dipercayai cuba bersembunyi di dalam rumah sebelum membuka pintu selepas lebih 20 minit menunggu.

Serbuan turut disertai imam masjid, anggota polis dan penduduk setempat.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut sumber, doktor lelaki itu turut mempersoalkan pemeriksaan penguat kuasa terhadap rumah yang disewanya bersama dua lagi rakan lelaki yang tiada di rumah ketika kejadian.

Kedua-duanya ditahan pada jam 3.43 petang dan kes disiasat mengikut Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka.

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)