Pasangan dicekup berkhalwat doktor hospital - Exco

LocalPolitics
30 Jul 2025 • 11:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang doktor lelaki ditahan JAIM selepas disyaki berkhalwat dengan pasangannya yang juga seorang doktor wanita.

image is not available
Laporan Sinar Harian mengenai seorang doktor lelaki di sebuah hospital dicekup JAIM selepas disyaki berkhalwat dengan kekasihnya di sebuah rumah di Taman Semabok Perdana, Semabok pada petang Selasa.

MELAKA - Sepasang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Melaka telah ditahan oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah teres setingkat di Taman Semabok Perdana, Semabok pada petang Selasa.

Perkara itu disahkan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, yang memaklumkan bahawa kedua-dua individu berusia 26 tahun merupakan doktor perubatan di Hospital Melaka.

“Ketika ditahan, kita dapati kedua-dua mereka berada dalam keadaan berpakaian lengkap. Mereka kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan,” katanya ketika dihubungi.

**media[3219594]**

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seorang doktor lelaki ditahan JAIM selepas disyaki berkhalwat dengan pasangannya yang juga seorang doktor wanita.

Menurut sumber, ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 3.25 petang, pasangan berkenaan cuba bersembunyi di dalam rumah sebelum akhirnya membuka pintu selepas 20 minit pihak berkuasa menunggu.

Difahamkan, serbuan itu turut disertai imam masjid, anggota polis dan penduduk taman yang berada berdekatan.

“Doktor lelaki yang membuka pintu rumah tersebut turut mempersoalkan tindakan penguat kuasa untuk memeriksa kediaman yang disewa bersama dua lagi rakan lelaki yang tiada di rumah ketika kejadian,” katanya.

Pasangan berkenaan ditahan pada jam 3.43 petang dan kes disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka.