Pasangan India Dari Malaysia Berkahwin Dengan Tema Tradisional Depan Eiffel Tower Di Paris

Entertainment
6 Feb 2024 • 5:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila sampai hari perkahwinan pastinya setiap pengantin mahukan detik manis mereka ini berjalan dengan lancar dan ada yang sanggup buat satu kelainan untuk memastikan ia menjadi sebagai satu memori yang diingati.

Dalam perkongsian baru-baru ini di Instagram @vnoshan, dia berkongsi hari indahnya apabila dia dan suaminya mengadakan perkahwinan mengikut tema tradisional India.

image is not available

Menerusi WORLD OF BUZZ, wanita yang dikenali sebagai Vinothini ini mengatakan bahawa ketika dia dan suami berbincang mengenai perkahwinan mereka, dia saja-saja berkata untuk mengadakannya di Paris kerana pada mulanya ia hanya dirancang sebagai destinasi percutian.

image is not available

Namun begitu, tanpa diduga ia menjadi kenyataan dan mereka meneruskan rancangan itu. Dalam video itu, pasangan itu boleh dilihat melakukan upacara perkahwinan dan ritual ikatan sah sebagai suami isteri mengikut adat India di hadapan Menara Eiffel yang cantik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vinothini Shan (@vnoshan)

“Semasa perjalanan ke Eropah, kami bawa pakaian perkahwinan dan aksesori dalam satu beg. Kami menyimpan di bagasi itu sepanjang perjalanan dan hanya membukanya pada hari perkahwinan kami.”

Vinothini berkongsi bahawa pada hari perkahwinan mereka, mereka tidak menjangkakan suhu turun kepada 1 darjah Celsius. Mereka akhirnya menggigil sepanjang proses perkahwinan.

image is not available

“Kami cuba menahan sejuk, dan apa yang lucu ialah paderi pun menggigil.”

Kata Vinothini lagi, mereka telah menganjurkan keseluruhan majlis itu secara diam-diam, dia merahsiakan perkara ini dan mahu membuat kejutan walaupun daripada ibu bapa mereka sendiri sehingga mereka berkongsi video perkahwinan.

image is not available

Vinothini turut berterima kasih kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan mereka.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.