Pasangan ‘Influencer’ Dikecam Gugurkan Bayi Dalam Kandungan Gara-Gara Hidap Down Syndrome

8 Jun 2026 • 3:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

YouTuber terkenal Amerika Syarikat, Jesse Ridgway atau lebih dikenali sebagai McJuggerNuggets bersama isterinya, Ashley, mencetuskan perdebatan hangat di media sosial selepas membuat keputusan menamatkan kehamilan mereka pada awal Jun 2026.

Menurut laporan, keputusan itu dibuat selepas pasangan berkenaan menerima keputusan ujian perubatan yang mengesahkan bayi mereka menghidap Trisomy 21 atau lebih dikenali sebagai Down syndrome.

Advertisement
View this post on Instagram

Perkara tersebut mula menjadi bualan hangat dalam talian apabila ramai netizen tampil memberikan pandangan berbeza mengenai tindakan pasangan itu.

Segelintir pengikut mempertahankan Jesse dan Ashley dengan menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu pilihan peribadi yang amat sukar serta dibuat selepas mendapatkan nasihat dan rundingan perubatan secara teliti.

Namun dalam masa sama, ramai juga yang mengecam tindakan berkenaan khususnya daripada komuniti advokasi orang kurang upaya (OKU) dan kumpulan pro-kehidupan.

Mereka menganggap penamatan kehamilan atas faktor diagnosis Down syndrome sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap golongan OKU.

Image from: Pasangan ‘Influencer’ Dikecam Gugurkan Bayi Dalam Kandungan Gara-Gara Hidap Down SyndromeImage from: Pasangan ‘Influencer’ Dikecam Gugurkan Bayi Dalam Kandungan Gara-Gara Hidap Down Syndrome

Isu tersebut turut mendapat liputan meluas di beberapa portal hiburan antarabangsa termasuk People selain menjadi topik perdebatan hangat di pelbagai platform media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Faisal Halim Zaquan Adha2026-06-08 13:54:54

Faisal Halim Enggan Layan Kontroversi Zaquan Adha, Sedia Berhubung Secara Baik - "Kalau Dia Ada Masalah Dengan Saya.."

The post Pasangan ‘Influencer’ Dikecam Gugurkan Bayi Dalam Kandungan Gara-Gara Hidap Down Syndrome first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.