Pasangan kekasih bergaduh sampai ‘susahkan’ Abang Bomba

13 Sep 2026 • 11:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pasangan kekasih bergaduh sampai ‘susahkan’ Abang Bomba

BINTULU – Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu bergegas ke belakang sebuah hotel di Jalan Keppel, di sini selepas menerima panggilan berhubung cubaan bunuh diri pukul 9.24 malam tadi.

Bagaimanapun setibanya di lokasi, mereka mendapati tiada cubaan bunuh diri di situ, sebaliknya kejadian pergaduhan kecil melibatkan pasangan kekasih.

Pusat Gerakan Operasi Sarawak menerusi kenyataannya berkata, pihak bomba bergegas ke lokasi yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Mazlan Tanin.

“Pasukan bomba tersebut melibatkan 11 anggota dengan kekuatan jentera iaitu sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) selain penglibatan pihak Polis Diraja Malaysia.

“Komander operasi melaporkan, setibanya di lokasi tiada terdapat cubaan membunuh diri, tetapi hanya melibatkan pergaduhan kecil pasangan kekasih,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, tiada operasi penyelamatan dijalankan berhubung kejadian tersebut.

“Pasukan Penyelamat Operasi (PKO) memberi nasihat kepada pasangan tersebut supaya bersurai dan keadaan terkawal. PKO kemudian lapor bertolak balik ke balai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pasangan kekasih bergaduh sampai ‘susahkan’ Abang Bomba appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved