Pasangan Kembar Buat Rakan ‘Koyak’, Selesaikan Cabaran Pilih Warna Kertas Dengan Mudah

Entertainment
10 Dec 2023 • 3:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Cubit peha kiri peha kanan akan terasa, sama jugalah kisahnya dengan pasangan kembar yang juga mempunyai naluri yang sama sekiranya berlaku musibah atau sebaliknya.

Satu video pasangan kembar dari negara Timur Tengah tular apabila mereka berjaya meneka warna kertas yang sama dengan tepat. Lebih menghairankan, pasangan tersebut berjaya meneka warna kertas walaupun pandangan mereka di halang.

Jika tersilap pilih kepala pasangan kembar itu akan diketuk dengan botol air oleh rakan mereka. Namun, kembar itu meneka kesemua kertas dengan tepat sehingga rakan mereka tidak percaya!

Hebat!

Kini, video itu mendapat ribuan tontonan dan rata-rata komen terhibur dengan gelagat kembar tersebut.

“Kalau dah kembar, memang dapat tahu lar.

“Member terus koyak sebab tak dapat nak ketuk kepala”, antara komen netizen.

Memang betul ke pasangan kembar ada naluri atau satu kebetulan?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.