Pasangan Kembar Lemas, Seorang Maut Seorang Lagi Selamat Di Kampung Gita

11 Jan 2024 • 8:39 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Takziah diucapkan buat keluarga mangsa

Pasangan Kembar Lemas, Seorang Maut Seorang Lagi Selamat Di Kampung Gita. Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia, manakala kembarnya selamat selepas ditemui lemas di sungai berdekatan Kampung Gita Baru, Petra Jaya semalam.

Mangsa berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia semasa cuba diselamatkan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

image is not available
Pasangan Kembar Lemas, Seorang Maut Seorang Lagi Selamat Di Kampung Gita. Sumber: Facebook

“Kedua-dua kanak-kanak berumur 12 tahun merupakan kembar; seorang selamat dan seorang lagi disahkan meninggal dunia di HUS.

Difahamkan kejadian dilaporkan berlaku pada jam 2.41 petang.

“Pihak polls meminta orang ramai untuk menghormati keluarga mangsa,” kata sumber. Adik-beradik tersebut ditemui orang awam di sungai tersebut sebelum kedua-duanya diselamatkan dan seterusnya dikejarkan ke HUS.

Bagaimanapun, seorang daripadanya disahkan meninggal dunia pada petang semalam semasa sedang menerima rawatan di HUS.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/terkini-siti-samarahan-meninggal-dunia/

https://www.iloveborneo.my/kemalangan-motosikal-bas-saratok/