Pasangan Sabah Buka Bisnes Sate Di Australia, Laku 400 Cucuk Terjual Setiap Hari

Food
9 Nov 2023 • 2:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Pasangan suami isteri berasal dari Sabah berjaya membuka perniagaan di Perth, Australia dengan menjual hidangan popular Malaysia, sate sebagai menu utama.

Menerusi satu perkongsian di TikTok @papanash, perniagaan yang dipanggil Satay Bro itu diusahakan oleh Zul bersama isterinya di sebuah gerai di tepi jalan.

Pasangan Sabah Buka Bisnes Sate Di Australia

Menurut Papa Nash, pasangan tersebut bukan sahaja menjual sate namun turut menjual hidangan Malaysia lain seperti ayam goreng berempah.

Sate itu dijual dalam set dengan harga satu set 12 AUD (RM36) atau secara berasingan dengan harga satu cucuk 2 AUD (RM6).

“Kebanyakan sate yang mereka jual mempunyai lemak di bahagian tengah tapi semua sate yang dijual padat dan tebal.

image is not available

“Kita boleh dapatkan set sate dengan harga 12 AUD atau 2 AUD untuk satu cucuk. Sate di sini juga dijual bersama kuah kacang, bawang, timun dan nasi impit,” kata Papa Nash.

Tambahnya, gerai Satay Bro dibuka setiap hari jam 2 petang dan pasangan itu akan menutup perniagaan sekitar jam 5 petang kerana barangan jualan habis sekitar masa itu.

Secara puratanya, pasangan itu dapat menjual sebanyak 400 cucuk sate setiap hari dan ia merupakan pencapaian yang baik kerana perniagaan itu baru sahaja bermula tiga bulan lalu.

image is not available

Papa Nash yang juga melakukan reviu makanan mengatakan sate jenama berkenaan merupakan sate yang terbaik pernah dirasainya.

“Sate yang lazat sudah ada di sini. Mereka baru sahaja mula berniaga tiga bulan lepas dan sate ini sudah ada ramai peminat.

image is not available

“Barisan untuk membeli sate ini dah panjang hanya kerana sate mereka sangat sedap. Saya bagi 10/10. Tak mudah untuk saya bagi markah yang tinggi tapi ianya sangat sedap,” ujarnya.

Sumber: TikTok @thepapanash