Pasangan Singapura Rentung, Ferrari Dinaiki Terbabas Dan Terbakar

LocalCars
10 May 2026 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Pasangan Singapura Rentung, Ferrari Dinaiki Terbabas Dan Terbakar

KUALA LUMPUR - Dua individu dipercayai suami isteri warga Singapura rentung, selepas kereta dinaiki mereka terbabas, sebelum terbakar di Kilometer 57.5 Jalan Johor Bahru-Mersing semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada jam 9 pagi.

“Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta mewah Ferrari 458 Italia yang dipandu lelaki berusia 34 tahun bersama seorang wanita berusia 33 tahun di tempat duduk penumpang hadapan. Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Mersing.

“Kereta mewah tersebut terbabas, menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada badan, melecur dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan siasatan.

Menurutnya, kes masih disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Getaran, 10 Mei 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved