Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera kereta bertembung lori 30 tan

2 Oct 2026 • 8:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera kereta bertembung lori 30 tan

KLUANG: Pasangan suami isteri maut manakala dua anak mereka cedera selepas kenderaan jenis Hyundai dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori 30 tan di Jalan Mersing, Kahang, di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Pegawai Bomba Kanan I, Jusoh Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 4.53 petang.

Sehubungan itu katanya, seramai enam anggota beserta satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Pasukan Bomba Simpanan (PBS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati pemandu dan penumpang hadapan kereta jenis Hyundai maut, manakala dua anak perempuan yang berada dibahagian belakang cedera.

“Mangsa maut dikenal pasti sebagai Mislan Osmin, 54, dan isterinya, Nor Azilah A Rahman, 49. Manakala dua cedera adalah Radiah Mislan, 28, dan Syahida Mislan, 24,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Jusoh, pemandu lori 30 tan iaitu seorang lelaki tempatan tidak mengalami kecederaan.-UTUSAN

The post Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera kereta bertembung lori 30 tan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved