Suami isteri maut, dua anak cedera nahas dua kenderaan

LocalCars
2 Oct 2026 • 9:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suami isteri maut, dua anak cedera nahas dua kenderaan

KLUANG- Sepasang suami isteri maut manakala dua anak perempuannya cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di kilometer 72.5 Jalan Batu Pahat – Mersing berhampiran Felcra Berhad Sungai Kahang di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pada pukul 4.53 petang itu melibatkan sebuah kereta Hyundai dinaiki sebuah keluarga empat beranak dan sebuah lori 30 tan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kereta Hyundai yang datang dari arah Kahang ke bandar Kluang dipercayai telah hilang kawalan akibat jalan licin akibat hujan dan masuk ke laluan lori yang datang dari arah bertentangan.

Jelasnya, akibat daripada kejadian itu, kedua-dua kenderaan telah bertembung sehingga menyebabkan pemandu kereta Mislan Osmin,54, dan isterinya Nor Azilah A Rahman,49, mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan meninggal di lokasi kemalangan.

“Dua lagi penumpang kereta iaitu anak kepada pasangan tersebut Syahida,24, dan Fatimah,21, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, rusuk kiri dan bahu kiri dan sedang menerima rawatan di Zon Merah, Wad Kecemasan, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan I Jusoh Mohd Salleh berkata, kejadian dimaklumkan kepada pihaknya pada pukul 4.53 sebelum enam anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Pasukan Bomba Simpanan (PBS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Ujarnya, kemalangan itu menyebabkan dua mangsa dalam kereta masing-masing tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan manakala dua anak perempuan pasangan tersebut berada di tempat penumpang belakang.- KOSMO! ONLINE

The post Suami isteri maut, dua anak cedera nahas dua kenderaan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved