Pasangan Suami Isteri Menang Proton e.MAS 5 – Slogan Menarik, Tarik Perhatian Juri

LocalCars
27 Aug 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Walaupun Proton e.MAS 5 masih belum dilancarkan secara rasmi, Shahrul Aizat Bin Ishak, muncul sebagai pemilik pertama model elektrik kompak ini. Shahrul memenangi peraduan ‘Electrify Your Life’ yang dianjurkan PRO-NET sebagai sebahagian daripada kempen Jelajah MISI 5 yang berlangsung selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada orang ramai mendekati e.MAS 5 di beberapa negeri di Malaysia.

Peraduan Kreatif Terima Sambutan Hebat

Menurut PRO-NET, peraduan slogan kreatif ini menerima lebih daripada 31,000 penyertaan melalui platform dalam talian, semasa pameran kenderaan dan turut membabitkan pengedar rasmi Proton. Sambutan hangat ini membuktikan minat rakyat Malaysia terhadap kenderaan elektrik (EV) yang semakin tinggi.

Pengalaman Bersama Isteri Dalam Menghasilkan Slogan

image is not available

Semasa menerima replika kunci simbolik daripada Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Puan Salawati Yusoff di Central i-City, Shah Alam hujung minggu lalu, Shahrul meluahkan rasa teruja, “Saya memang terkejut bila diumumkan sebagai pemenang. Tambahan pula, slogan itu saya hasilkan bersama isteri, jadi bila dipilih daripada lebih 31,000 penyertaan memang rasa sangat bertuah. Saya tak sabar nak bawa keluarga dan ibu bapa berjalan dengan Proton e.MAS 5 baharu ini kerana ia pasti jadi perjalanan yang cukup istimewa buat kami semua.”

image is not available

Slogannya yang memikat hati juri berbunyi: “Proton e.MAS menjadikan hidup saya tenang tanpa bunyi, tangkas tanpa kompromi, dan terpacu dengan inovasi.”

Jelajah MISI 5 Terus ‘Mendekati’ Orang Ramai

image is not available

Sepanjang kempen Jelajah MISI 5, PRO-NET membawa Proton e.MAS 5 ke 13 negeri bagi memperkenalkan EV ini sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Jelajah bahagian Wilayah Utara baru-baru ini diadakan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak dari 22 hingga 24 Ogos. Seterusnya, jelajah akan diteruskan di Pantai Timur bermula 4 hingga 7 September membabitkan destinasi utama di Kelantan, Terengganu dan Pahang.