Pasangan Warga Emas Jepun Jadi Perhatian, Selalu Kongsi OOTD Pakai Baju Couple

Entertainment
4 Jun 2023 • 2:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau pasangan baru mula bercinta atau baru lepas kahwin pakai baju sedondon, kita tak pelik pun sebab orang muda kan, mesti la pakai baju couple untuk ambil gambar OOTD.

Namun, pasangan warga emas yang berusia 60-an dari Jepun ini pula menjadi perhatian netizen seluruh dunia apabila mereka berdua gemar berkongsi gambar OOTD mereka memakai baju sedondon di akaun Instagram mereka berdua.

Pasangan yang dikenali sebagai Tsuyoshi dan Tomi Seki atau lebih dikenali sebagai BonPon di Instagram itu sering berkongsi gambar pakaian sedondon mereka.

image is not available

Menurut laman web My Modern Met, pasangan yang kini telah berkahwin selama 43 tahun itu mula berkongsi gambar OOTD mereka memakai baju sedondon pada tahun 2016 lagi.

Ia bermula apabila anak perempuan mereka iaitu May yang mengambil gambar ibu dan bapanya dan memuat naik gambar tersebut di media sosial.

Rupa-rupanya, ramai yang menyukai gelagat pasangan itu sehingga ada yang meninggalkan komen dan memberi pendapat agar pasangan itu membuat akaun Instagram mereka sendiri.

image is not available

Sejak itu, mereka giat berkongsi gambar mereka memakai baju sedondon di Instagram sehingga kini pengikut mereka telah mencecah 899K di Instagram!

Difahamkan, kebanyakan baju-baju mereka dibeli dari Uniqlo dan butik di sekitar Jepun.

Memang stail la dorang ni!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved