
RANAU: Sepasang suami isteri warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus terbakar dekat sini, Ahad lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, PPgB Ridwan Mohd Taib, berkata kejadian berlaku di Kg Baham, Jalan Marakau Ranau kira-kira jam 6.50 petang.
“Panggilan diterima menerusi talian MERS 999 pada jam 6.57 petang dan sekumpulan tujuh anggota bomba diketuai Komander Operasi, PBK IIKUP Doomianus Gidin bergegas ke lokasi sejauh 8km dari balai.
“Operasi terkawal pada jam 7.25 malam,” katanya.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Menurut Ridwan, tiada mangsa dilaporkan kerana penghuni rumah berkenaan, iaitu pasangan warga emas, berada di Kota Kinabalu ketika kejadian.
“Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan tiada bahaya lain, dan operasi tamat pada 9.20 malam,” katanya.
Beliau mengulangi nasihat kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan kejadian kebakaran terutama pada musim berangin sekarang.
Menurut Ridwan, untuk kecemasan kebakaran atau perkhidmatan khas orang ramai boleh menghubungi Bomba Ranau di talian 24 jam (088-878779), Hotline (019-2449348) atau MERS 999.
Beliau berkata setiap anggota bomba dan penyelamat di daerah ini sentiasa siap siaga untuk bertindak terhadap sebarang kejadian kebakaran di daerah ini memandangkan keadaan berisiko tinggi berlaku ketika ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

