Pasangan Youtuber Dikecam Bawa Bayi 5 Bulan Naik Jetski Tanpa Pelampung

Entertainment
6 Jan 2023 • 2:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pasangan Youtuber Indonesia, Ria Ricis dan Teuku Ryan sekali lagi menjadi bahan bualan selepas bertindak membawa bayi sulung mereka yang baru berusia lima bulan menaiki jetski.

Dalam rakaman itu, kelihatan Teuku Ryan mendukung Moana dengan tangan kiri manakala tangan kanannya mengawal jetski. Ria Ricis pula berada di bahagian belakang sambil merakam video.

Menurut warganet, aksi itu adalah extreme dan bahaya tambahan pula Moana tak memakai pelampung.

Dalam pada itu, warganet menasihati pasangan muda ini supaya lebih berhati-hati untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku. Ujar netizen lagi, pasangan ini seharusnya memikirkan keselamatan anak bukannya content media sosial semata-mata.

image is not available

image is not available

Nampaknya, ramai yang tak bersetuju dengan cara Youtuber ini berhibur dengan anaknya. Video ini difahamkan turut dikongsi pengguna lain di laman Twitter dan mendapat reaksi negatif.

Warganet tegur tanda sayang kan? Apa-apa pun semoga bayi ini membesar jadi anak yang sihat dan kuat.

Kredit: Instagram Ria Ricis

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.