Pasar Besties Bazaar Memupuk Kebahagiaan, Tangani Masalah Kesihatan Mental

LocalHealth & Fitness
18 May 2024 • 8:23 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Berbanding dengan negara-negara maju yang lain, Malaysia merupakan negara yang masing kurang memahami atau menyedari kepentingan menjaga kesihatan mental mereka. Bahkan, ada di antara kita yang langsung tidak menyedari bahawa dia sebenarnya sedang berhadapan dengan masalah kesihatan mental. 

Isu kesihatan mental boleh menjejaskan sesiapa sahaja, tanpa mengira umur, bangsa, status ekonomi dan sosial atau sama ada anda tinggal di kawasan luar bandar, pekan kecil mahupun kota metropolitan. 

Disebabkan oleh norma budaya dan stigma, isu kesihatan mental sering diabaikan dan tidak dibincangkan secara terbuka, menyebabkan ramai yang mengelak daripada mendapatkan bantuan.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2019 melaporkan bahawa setengah juta rakyat Malaysia didapati mengalami gejala kemurungan, dengan jumlah tertinggi di Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah and Melaka. 

Tinjauan pada 2022 pula mendedahkan bahawa satu daripada empat remaja mengalami kemurungan, berbanding satu daripada lima pada 2019. Bukan itu sahaja, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan keletihan sebagai sindrom klinikal yang disebabkan oleh tekanan tempat kerja kronik pada Mei 2019, menandakan bahawa ini mungkin diiktiraf sepenuhnya sebagai penyakit pekerjaan dan berkaitan pekerjaan.

Atas dasar inilah, komuniti kecantikan dan gaya hidup, The Butterfly Project menganjurkan Pasar Besties Bazaar yang bertujuan untuk memupuk perbualan, menawarkan platform yang selamat untuk menangani kesihatan mental, dan meningkatkan kesedaran dengan bekerjasama dengan beberapa jenama dan rakan kongsi. 

Acara ini berlangsung selama dua hari sehingga esok di The School by Jaya One dari jam 11 pagi hingga 6 petang.  Ia akan mempamerkan 13 jenama yang mengambil bahagian, menawarkan enam bengkel yang boleh disertai secara percuma, dan menampilkan lebih 30 vendor yang menjual pelbagai barangan terpakai dan buatan tangan.

Ketahuilah, anda akan mendapat banyak faedah jika menjaga kesihatan mental. Ia membantu dalam membina daya tahan emosi, memupuk hubungan yang sihat, meningkatkan fokus dan tumpuan, dan mencapai matlamat. Selain itu, mengutamakan kesihatan mental boleh mengurangkan risiko mengalami gangguan seperti kemurungan dan kebimbangan.

Pengasas The Butterfly Project yang juga pempengaruh media sosial, Tammy Lim percaya bahawa platformnya dan ahlinya boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran untuk kesihatan mental. 

"Tidak mengapa untuk tidak menjadi okay. Langkah pertama adalah untuk keluar dari zon selesa anda dan memeluk kebahagiaan. Apabila anda berasa sedih, kepada siapa anda berpaling? Kawan baik anda. Tidak seorang pun kawan baik? Carilah satu! Ini adalah tema acara kami.

“Anda tidak perlu bersendirian, acara ini bukan sahaja tentang keseronokan, acara ini adalah tempat untuk orang ramai berhubung, membuat kawan baharu atau meluangkan masa dengan sahabat mereka,” ulas Tammy.

Berikut adalah aktiviti yang telah disusun untuk Pasar Besties Bazaar: 

  • Fiesta The Golden Duck yang memberi peluang untuk anda menyertai pelancaran makanan ringan dan permainan untuk menang besar dan bawa pulang hadiah menarik!
  • Bengkel kesihatan mental oleh Minc. Care and EmotionPod X Becky Kux
  • Bengkel penjagaan diri dan minyak pati 101 oleh Roots Malaysia
  • Bengkel D.I.Y gelang persahabatan oleh Kerlip KL
  • Bengkel cara menggunakan cawan haid oleh Breeze For You
  • Bengkel merasa pelbagai jenis madu oleh Thousand O'Bee
  • Destress dengan urutan bahu selama 10 minit dengan harga RM5 oleh Pressurini Spa
  • Urutan Tangan L'erbolario yang menenangkan secara percuma
  • Peraduan untuk memenangi hadiah rawatan kecantikan daripada Jurlique dan beg kecantikan Organic Lab
  • Gerai penjagaan diri yang menarik untuk dikunjungi seperti D.I.Y jambangan bunga anda sendiri oleh AvantGarde Blooms dan membuat penyedut (inhaler) sendiri oleh Roots Malaysia!

Untuk maklumat lanjut tentang bazar ini dan program yang telah disusun, sila layari Instagram The Butterfly Project di www.instagram.com/butterflyproject.my dan www.butterflyproject.my.  

Pendaftaran untuk menyertai bengkel juga boleh dilakukan di akaun tersebut. - Getaran, 18 Mei 2024

Foto : The Butterfly Project