Pasar Borneo Seri Kembangan, Tawar Pelbagai Produk Sabah Sarawak Di Semenanjung

15 Dec 2022 • 1:38 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berita baik untuk anak perantau Borneo di Semenanjung

Pasar Borneo Seri Kembangan, Tawar Pelbagai Produk Sabah Sarawak Di Semenanjung. Bagi anak-anak jati Sarawak yang merantau ke Semenanjung, kerinduan terhadap makanan tradisional bumi asal seperti kek lapis sarawak, mi kolok, ikan pansuh, kuih bongkol, celorot, kompia dan asam terung, pastinya sentiasa hadir di hati mereka.

image is not available
Pasar Borneo Seri Kembangan, Tawar Pelbagai Produk Sabah Sarawak Di Semenanjung. Kredit foto: Pasar Borneo MBSJ Seri Kembangan , Selangor

Justeru, tidak menghairankan apabila ada perantau dari Bumi Kenyalang itu sanggup mengorak langkah mewujudkan Pasar Borneo di Seri Kembangan dekat sini sejak tujuh tahun lalu, yang bukan sahaja menjual pelbagai produk Sarawak tetapi juga negeri jiran, Sabah.

Memperkenalkan budaya Sabah dan Sarawak kepada orang luar

Salah satu objektif penubuhan mereka adalah untuk memperkenalkan produk-produk berasaskan Borneo seperti makanan Borneo, sayur-sayuran Borneo, kuih Borneo serta pelbagai barangan dan produk tradisional dari Borneo.

image is not available

Pasar Borneo ini bukan hanya terhad kepada masyarakat Borneo sahaja tetapi terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini merupakan peluang yang terbaik bagi masyarakat setempat di Semenanjung untuk melihat dan merasa sendiri pelbagai keunikan barangan, produk Borneo, selain berkenalan dengan rakan-rakan Sabahan dan Sarawakian yang cukup terkenal dengan kemesraan dan hidup berkomuniti yang penuh toleransi.

Masa dan waktu operasi

Pasar Borneo yang dibuka setiap Sabtu dari pukul 5 hingga 11 pagi itu bukan sahaja dapat memenuhi keinginan anak-anak Sarawak di sini menikmati makanan tradisional kegemaran mereka tetapi pada masa sama turut memperkenalkan pelbagai tradisi serta budaya negeri berkenaan termasuk makanan kepada rakyat Malaysia di Semenanjung.

image is not available

Jadi, sekiranya anda berasal dari Semenanjung Malaysia dan teringin merasai budaya dan makanan di Borneo, anda amat dialu-alukan untuk mengunjungi Pasar Borneo Seri Kembangan dan merasai sendiri pengalaman berada di Tamu Borneo.

image is not available

Untuk maklumat lanjut mengenai perniagaan ini, boleh rujuk di sini.