Pasar malam kian sepi, penurunan sewa bantu peniaga bertahan

LocalBusiness & Finance
6 May 2026 • 11:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pasar malam kian sepi, penurunan sewa bantu peniaga bertahan
Asmadi (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Perak pada Selasa.

IPOH - Langkah kerajaan menurunkan kadar sewa premis perniagaan disifatkan tepat pada masanya ketika pasar malam, pasar pagi serta kedai-kedai kecil semakin sepi susulan penurunan kuasa beli rakyat.

Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Perak, Asmadi Teh berkata, situasi itu memberi kesan ketara kepada pendapatan peniaga kecil yang kini berdepan cabaran untuk meneruskan operasi harian.

Menurutnya, kekurangan pelanggan di lokasi tumpuan seperti pasar malam dan pasar pagi jelas menunjukkan perubahan corak perbelanjaan rakyat yang kini lebih berhati-hati.

“Keadaan ini menyebabkan ramai peniaga terkesan apabila jualan harian merosot berikutan orang ramai mengurangkan perbelanjaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kesan tersebut bukan sahaja dirasai penjaja kecil, malah turut melibatkan sektor lain termasuk pelancongan dan perhotelan apabila kadar tempahan dilaporkan semakin menurun.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan agensi berkaitan mempertimbangkan pengurangan kadar sewa bagi meringankan beban usahawan.

"Kita berharap semua pihak berkaitan termasuk pemilik premis dan penyedia perkhidmatan dapat mempertimbangkan pengurangan kadar sewa sekurang-kurangnya 30 peratus," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved