Pasar Serikin Kembali Beroperasi, Netizen Ujar Harga Barang Semakin Mahal

14 Oct 2022 • 7:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Setelah dua tahun suasana Pasar Serikin lengang, akhirnya ia kembali beroperasi

Pasar Serikin Kembali Beroperasi, Netizen Ujar Harga Barang Semakin Mahal. Pasar Serikin ini sememangnya satu tempat yang terkenal dengan barang yang murah berbanding di bandar. Sebab itulah ianya menjadi salah satu tarikan pengunjung untuk membeli barang di sini.

Pasar yang terkenal ini telah kembali beroperasi setelah 2 tahun lengang akibat pandemik. Telah dikhabarkan juga, hampir 70 peratus kedai-kedai di Pasar Serikin ini kembali beroperasi seperti biasa.

image is not available
Pasar Serikin Kembali Beroperasi, Netizen Ujar Harga Barang Semakin Mahal. Kredit gambar: FB Emilia Robert Trawis

Netizen luah harga barang tiada beza dengan harga di Kuching

Namun, pada perkongsian kami pada minggu lepas telah menerima beberapa komen dari netizen. Katanya, Pasar Serikin ini tidak macam dulu lagi.

Menerusi ke ruangan komen, ada yang menyatakan bahawa harga di Pasar Serikin ini tidak macam dulu lagi, dan harganya juga lebih kurang sama dengan harga di pusat membeli belah.

Ada yang tidak puas hati kerana tempat itu bukan sahaja menjual barangan yang mahal tetapi tempat letak kenderaan juga berbayar. Ada yang berpendapat bahawa ianya tidak berbaloi untuk pergi ke Pasar Serikin dengan tempatnya yang jauh, tempat parking berbayar serta barangan yang dijual turut naik harga.

Ini komen netizen:

image is not available
Sumber: FB I Love Kuching

Sedih apabila tempatnya dikecam netizen, ini pula kata penduduk:

Walau bagaimanapun, penduduk di Serikin turut berbalas kecaman netizen dengan menyatakan bahawa barang yang dijual di Pasar Serikin wajarlah mahal kerana ianya mengira kos minyak, pengangkutan dan lain-lain.

Seperti yang kita sudah sedia maklum bahawa pasar Serikin ini terletak di sempadan Malaysia-Indonesia yang terletak kira-kira 80 km dari Kuching. Tidak hairanlah banyak barangan import dari negara jiran, serta majoriti penjual di Serikin ini berasal dari Indonesia.

Berikut adalah balas dari penduduk di Serikin:

image is not available
Sumber: FB I Love Kuching

image is not available
Sumber: FB I Love Kuching

Bagaimana pula pendapat anda? Boleh kongsikan di ruangan komen di Facebook kami.

Lagi artikel menarik yang yang anda boleh baca. Lihat pautan di bawah: