Pasar Tamu Baru Lachau Jadi Tarikan Terbaharu Di Sri Aman

27 Sep 2022 • 5:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pindah ke kawasan yang lebih besar dan bersih

Pasar Tamu Baru Lachau Jadi Tarikan Terbaharu Di Sri Aman. Pasar tamu atau di tempat lain dipanggil pasar minggu memiliki keunikan tersendiri kerana menjual pelbagai produk tempatan misalnya sayuran kampung, buah eksotik, kraftangan dan makanan tradisi.

image is not available
Pasar Tamu Baru Lachau Jadi Tarikan Terbaharu Di Sri Aman. Kredit Foto: Chua Wee Boo

Begitu juga dengan sebuah pasar tamu di Sri Aman iaitu pasar tamu Lachau yang baru sahaja dibuka baru-baru ini yang menjual pelbagai barangan tempatan.

Lokasi dan Waktu Operasi

Difahamkan, pasar tamu baru Lachau kini sudah pindah ke kawasan baru yang lebih selesa dan besar.

Lokasinya pula terletak berhampiran dengan Pondok Polis Lachau di Jalan Kuching-Sri Aman.

Waktu operasinya pula dibuka setiap hari.

Menjual pelbagai barangan daripada pakaian sehingga makanan tradisi Sarawak

Terdapat pelbagai produk tempatan Sarawak di jual di Pasar Baru Lachau ini. Antaranya ialah sayur-sayuran, hasil-hasil hutan yang jarang ditemui di pasar tani biasa, ikan sungai dan sebagainya.

image is not available
Kredit Foto: Chua Wee Boo

Bukan itu sahaja, pasar tamu Lachau ini turut menjual pakaian tradisional seperti Ngepan Iban dan Topi Lanjang Ketapu Iban yang sukar ditemui di tempat lain.

image is not available
Kredit Foto: Chua Wee Boo

Barang-barang perhiasan buatan tangan juga boleh didapati di sini.

image is not available
Kredit Foto: Chua Wee Boo

Jadi, sekiranya anda ke Sri Aman jangan lupa singgah ke pasar baru Lachau ini untuk sokong penjual dan produk tempatan di sini.

Lagi tempat menarik di Sri Aman: