Pertumbuhan pasaran tablet dilihat kembali positif seiring dengan perkembangan teknologi pesat dunia menurut laporan terkini International Data Corporation (IDC). Hasilnya merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 22.1% dengan angka jualan keseluruhan mencecah 34.4 juta unit. IDC berkata, pertumbuhan ini secara asasnya dipacu menyeluruh oleh produk terkini daripada beberapa pengeluar terkemuka seperti Apple, Samsung, Lenovo, Huawei dan Xiaomi.

Dari segi kedudukan, Apple berada di tempat pertama yang merekodkan pertumbuhan sebanyak 18.2% tahun ke tahun dengan penghantaran sebanyak 12.3% juta unit dan bahagian pasaran 35.8% pada suku tersebut. Seterusnya diikuti oleh Samsung dengan penghantaran sebanyak 6.9 juta unit. Ia turut menyaksikan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 18.6% yang diyakini didorong oleh pelancaran produk baharu dalam tempoh yang sama.
Dalam pada itu Lenovo berada di tangga ketiga senarai dengan 2.5 juta penghantaran dengan pertumbuhan sebanyak 16.7% tahun ke tahun dan bahagian pasaran 7.3%. Menarik juga apabila Huawei dan Xiaomi mencatatkan peningkatan pertumbuhan jualan besar-besaran dengan masing-masing sebanyak 6.8% dan 5.8% berbanding tahun sebelum ini. Huawei dan Xiaomi juga dilihat menghanttar sebanyak 2.3 juta serta 2.0 juta unit pada tempoh yang sama.

Perkembangan ini memberi petanda bahawa pasaran tablet berada di tahap yang baik dan dijangka terdapatnya pertumbuhan lebih positif terus berlaku dalam jangka terdekat. Keuntungan masa panjang untuknya bagaimanapun masih bergantung pada keupayaan pengeluar untuk menawarkan peranti yang mampu menarik minat pengguna moden.


