Apple Dijangka Perkenal Dua Peranti Dengan Skrin Boleh-Lipat Seawal 2026

TechnologyDigital
4 Aug 2024 • 4:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah diperkatakan Apple sedang membangunkan telefon pintar dengan rekaan skrin boleh-lipat. Industri berkenaan boleh dikatakan kini diterajui oleh Samsung, dan mempunyai pegangan pasaran yang terbesar berbanding pelbagai pengeluar lain di pasaran.

Terbaru, mengikut laporan 9to5Mac yang hadir, ia dikatakan Apple sedang merancang untuk memperkenalkan dua telefon boleh-lipat menjelang 2026 kelak. Ia dikatakan Apple akan memperkenalkan iPhone boleh-lipat dan juga iPad boleh-lipat pada tahun berkenaan.

image is not available

Walaupun tidak dinyatakan, mungkin kita boleh melihat iPhone boleh-katup selain iPhone boleh-lipat yang dibuka menjadi iPad.

Pihak Apple tidak menyatakan sebarang perkara secara rasminya berkenaan hal ini. Namun, dengan pelbagai desas-desus yang hadir kebelakangan ini, mungkin kita akan melihat Apple memperkenalkan peranti boleh-lipat mereka dalam beberapa tahun lagi.