Pasport elektronik bagi keperluan warga Indonesia di Tawau

30 Sep 2024 • 4:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

TAWAU: Konsulat Republik Indonesia (KRI) di sini mengeluarkan pasport elektronik atau dikenali sebagai e-paspor, bagi keperluan warganegara republik berkenaan yang berada di luar negara, terutamanya di Tawau.

Ketua Perwakilan KRI Tawau Aris Heru Utomo berkata pasport elektronik ini, memiliki cip yang menyimpan data biometrik keselamatan pemilik termasuk bentuk wajah serta cap jari dan dokumen diri itu, boleh diimbas seperti penggunaan kad debit.

“Pengeluaran pasport elektronik ini merupakan komitmen KRI Tawau bagi meningkatkan khidmat kepada warganegara Indonesia yang berada di Tawau, termasuk yang melakukan perjalanan antara negara secara berkala.

“Warganegara Indonesia boleh menghubungi KRI Tawau mulai Isnin ini bagi memohon pasport elektronik, selain pasport biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran pasport elektronik di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Beliau berkata ketika ini terdapat lebih 170,000 warganegara Indonesia yang berada di Tawau dan daerah sekitar.

Sementara itu, Aris berkata perpindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Nusantara di Kalimantan Timur akan memberi kesan positif bukan hanya wilayah di Kalimantan tetapi juga Tawau yang bersempadan darat dengan Kalimantan Utara.

“Banyak kesamaan yang dapat menjadi modal dasar kuat untuk membangunkan hubungan antara Indonesia dan Malaysia, khususnya di Tawau dalam pelbagai bidang termasuk kerjasama ekonomi dan perdagangan perbatasan.

“Indonesia membangunkan Pos Lintas Batas Negara (PLBN) di Sungai Nyamuk, Pulau Sebatik, Kabupaten Nunukan yang akan menjadi pintu gerbang ekonomi di kawasan laut sempadan kedua-dua negara,” katanya.

Beliau turut menghargai usaha Malaysia dalam pembangunan jalan darat di Serudong-Simanggaris, serta berharap penerbangan terus dari Tawau ke Tarakan, Indonesia akan dibuka semula bagi merancakkan lagi sektor ekonomi dua negara.

Di samping itu, Aris turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sabah dalam melaksanakan proses pemutihan bagi warganegara republik berkenaan yang tidak memiliki dokumen, tetapi bekerja di negeri ini.

Beliau berkata perkara itu menguntungkan kedua-dua pihak sama ada pekerja atau majikan, kerana pekerja boleh bekerja secara sah dan menikmati gaji selayaknya manakala majikan pula mendapatkan pekerja yang sah dan tidak perlu risau pekerja dihantar pulang ke negara asal.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.