Pasport Malaysia Ke-9 Paling Berkuasa Dunia

14 Jan 2026 • 9:44 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pasport Malaysia Ke-9 Paling Berkuasa Dunia 

Pasport Malaysia kini menduduki tempat ke-9 paling berkuasa di dunia dengan akses bebas visa ke 180 buah negara.

Menerusi senarai yang dikeluarkan dalam Henley Passport Index 2026, Malaysia mendahului Amerika Syarikat yang berada di kedudukan ke-10.

Kedudukan Malaysia ini lebih baik dari tahun sebelum ini yang berada di tempat ke-12.

image is not available

Dalam pada itu, Singapura berada di tempat pertama dengan akses bebas visa ke 192 buah negara.

Jepun dan Korea Selatan pula berkongsi tempat kedua dengan akses ke 188 buah negara.

Manakala, Denmark, Luxembourg, Sepanyol, Sweden dan Switzerland berada di tempat ketiga dengan pelepasan bebas visa ke 186 buah negara.

BACA: Pasport Malaysia Kini Di Tangga Ketiga Dunia

Sementara itu, tempat keempat pula menyaksikan ia diduduki oleh Austria, Belgium, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Ireland, Itali, Belanda dan Norway dengan akses ke 185 buah negara.

Tempat kelima ialah negara Hungary, Portugal, Slovakia, Slovenia dan Emiriah Arab Bersatu dengan akses ke 184 negara.

Di tangga keenam, Croatia, Czechia, Estonia, Malta, New Zealand dan Poland berkongsi kedudukan. Akses bebas visa adalah sebanyak 183 buah negara.

Bagi tempat ketujuh, ia dihuni oleh Australia, Latvia, Liechtenstein dan United Kingdom dengan akses ke 182 negara.

Di samping itu, tempat kelapan pula diperolehi oleh Kanada, Iceland dan Lithuania dengan akses ke 181 negara.

Sumber: Henley Global

The post Pasport Malaysia Ke-9 Paling Berkuasa Dunia appeared first on Siakap Keli.