Pasport Malaysia Semangat Naik, Kini Kedua Paling Berkuasa Di Dunia

29 Sep 2026 • 12:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pasport Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila kini berada di kedudukan kedua paling berkuasa di dunia menerusi Passport Index Global Ranking 2026.

Kalau tahun lalu Malaysia berada di tempat ketiga, kedudukan terbaru ini menyaksikan negara berkongsi tangga kedua bersama Singapura, hanya di belakang Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pasport Malaysia boleh akses ke 175 destinasi

Image from: Pasport Malaysia Semangat Naik, Kini Kedua Paling Berkuasa Di Dunia

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kedudukan tersebut mencerminkan kekuatan serta penerimaan pasport Malaysia di peringkat antarabangsa.

Berdasarkan penarafan tersebut, pemegang pasport Malaysia mempunyai akses ke 175 destinasi merangkumi 129 destinasi bebas visa, 46 destinasi dengan visa semasa ketibaan dan 23 destinasi memerlukan visa.- Menurut hantaran berkenaan.

Dalam ranking sama, UAE berada di tempat pertama manakala Sepanyol menduduki tangga ketiga.

Malaysia antara tertinggi di Asia Tenggara

Image from: Pasport Malaysia Semangat Naik, Kini Kedua Paling Berkuasa Di Dunia

Bagi negara Asia Tenggara lain, Brunei berada di kedudukan ke-18 dunia, diikuti Timor-Leste di tangga ke-45 dan Thailand di tempat ke-52.

Indonesia pula berada di tempat ke-55, Filipina ke-64, Vietnam ke-71, Kemboja ke-73, Laos ke-78 dan Myanmar ke-85.

The post Pasport Malaysia Semangat Naik, Kini Kedua Paling Berkuasa Di Dunia appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved