“Sebaris Singapura” – Pasport Malaysia Kini Di Tangga Ke-2 Paling Berkuasa Di Dunia

29 Sep 2026 • 5:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

pasport malaysia tangga ke 2 berkuasa di dunia

Berita gembira buat rakyat Malaysia yang gemar melancong! Pasport Malaysia kini secara rasmi naik ke tangga kedua paling berkuasa dunia dalam The Passport Index Global Ranking 2026.

Perkembangan itu diumumkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), sekali gus menunjukkan pasport negara semakin kukuh dan diterima di peringkat antarabangsa.

Jika pada tahun 2025 Malaysia berada di kedudukan ketiga, tahun ini pasport negara berjaya melonjak ke tangga kedua dan berkongsi kedudukan tersebut bersama Singapura.

Menurut data penarafan itu, pemegang pasport Malaysia kini mempunyai akses ke 175 destinasi di seluruh dunia, iaitu:

  • 129 destinasi bebas visa
  • 46 destinasi dengan visa semasa ketibaan
  • 23 destinasi yang masih memerlukan visa

825326391 17956408131254028 242124532222825270 n

JIM menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti kekuatan serta pengiktirafan pasport Malaysia di mata dunia.

Berdasarkan The Passport Index Global Ranking 2026, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengekalkan kedudukan sebagai pemilik pasport paling berkuasa dunia. Sementara itu, Sepanyol berada di tangga ketiga selepas Malaysia dan Singapura.

Sementara itu, bagi negara Asia Tenggara yang lain pula, pasport Brunei berada pada kedudukan ke-18 dunia diikuti Timor-Leste (45), Thailand (52), Indonesia (55), Filipina (64), Vietnam (71), Kemboja (73), Laos (78), dan Myanmar (85).

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved