Pasport Malaysia versi baharu dilengkapi 94 ciri keselamatan dan pilihan tempoh sah laku 10 tahun dilancarkan 

30 Jun 2026 • 12:26 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pasport Malaysia versi baharu dilengkapi 94 ciri keselamatan dan pilihan tempoh sah laku 10 tahun dilancarkan  Image from: Pasport Malaysia versi baharu dilengkapi 94 ciri keselamatan dan pilihan tempoh sah laku 10 tahun dilancarkan  hamden30/06/2026 - 12:26 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 30 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan dan pilihan tempoh sah laku selama 10 tahun.

 

Majlis pelancaran disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lobi Parlimen hari ini.

 

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban. 

 

KDN dalam kenyataan berkata pengenalan PMA struktur baharu itu merupakan satu langkah transformasi penting dalam memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan negara, di samping memberikan lebih kemudahan dan nilai tambah kepada rakyat.

 

Susulan pengenalan PMA, warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas mempunyai pilihan untuk memohon dokumen perjalanan baharu itu bermula 1 Julai ini dengan tempoh sah laku selama lima atau 10 tahun mengikut keperluan pemohon.

 

Menurut KDN, pengenalan pasport 10 tahun itu dijangka mengurangkan kekerapan pembaharuan pasport, menjimatkan masa pengguna serta memudahkan urusan perjalanan dalam dan luar negara.

 

“Kadar bayaran bagi PMA dengan tempoh sah laku 10 tahun adalah sebanyak RM350 manakala untuk tempoh sah laku lima tahun kekal RM200 dan pengenalan tempoh sah laku 10 tahun memberi penjimatan sebanyak RM50 kepada pemohon,” menurut kenyataan itu.

 

pasport baru

 

KDN memaklumkan bagi memastikan peralihan operasi berjalan dengan lancar, pelaksanan PMA struktur baharu akan dilaksanakan secara berperingkat di 71 pejabat pasport seluruh negara mulai Julai ini.

 

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak tergesagesa menukar pasport sedia ada sekiranya dokumen tersebut masih sah laku dan pasport sedia masih sah digunakan sehingga enam bulan sebelum tempoh tamat.

 

Pada awal tahun ini, Saifuddin Nasution mengumumkan bahawa Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu demi memperkasakan aspek keselamatan data negara.

 

PMA berada di tangga ketiga pada 2025 sebagai antara pasport paling berkuasa di dunia berdasarkan Ranking Pasport Index. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved