“Pasrah Sangat Tu Bang”- Penghantar Makanan Redha, Wanita Bersama Jubah Konvo Ajak Bergambar

Entertainment
26 Nov 2023 • 4:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila seharian penat berada di dalam dewan untuk menghadiri majlis konvokesyen pastinya rasa penat dan kelaparan.

Oleh itu, usai selesai sahaja majlis, pasti akan ada sesi bergambar sama ada bersama keluarga atau dengan rakan bagi merakamkan memori indah.

Bagaimanapun, ada satu video seorang pelajar wanita yang berasal daripada sebuah universiti tempatan, IIUM menjadi tular apabila masih berpakaian jubah konvokesyen ketika mengambil pizza dari penghantar makanan.

Lebih melucukan, pelajar wanita itu sempat mengajak rider itu bergambar sekali buat kenang-kenangan!

Penghantar makanan itu terkejut namun turut menurutkan kehendak pelajar itu walaupun dalam keadaan malu-malu. Rata-rata warganet memberi reaksi positif dan memuji penghantar makanan itu kerana sanggup melayani pelanggannya.

“Dapat juga jadi Vice Chancellor.

“Abang tu pun tersipu malu ya bila ajak gambar.

“Pizza jadi sijil..hahaha memang kelakar lar,” antara komen netizen.

Siapa lagi yang macam ni? Macam-macam ragam bila dapat jubah konvo kan?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.