
KERAJAAN Negeri menyokong sepenuhnya pindaan kepada Ordinan Buruh Sabah (OBS) untuk memastikan manfaat ekonomi dan peluang yang lebih baik dan sama rata sepertimana negeri-negeri lain di Malaysia.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata OBS telah dikuatkuasakan sejak 1950 dan selepas 40 tahun, pindaan pertama dibuat pada 2005.
Katanya 19 tahun merupakan satu tempoh yang panjang dan undang-undang perlu diperbaiki, terutamanya yang melibatkan kebajikan pekerja dan keperluan majikan untuk menjalankan perniagaan.
“Tidak diragui yang undang-undang lebih terkini akan dapat menarik lebih banyak syarikat asing untuk datang dan melabur dengan lebih yakin dan selesa di Sabah.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Kerajaan Negeri juga amat amat memerlukan satu perundangan buruh yang relevan dan sesuai dengan situasi pekerja ketika ini,” katanya pada Perayaan Hari Buruh
Tiga Penjuru peringkat Negeri 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada 7 Mei.
Ketua Menteri itu berkata transformasi digital telah mencipta jenis pekerjaan baharu seperti pekerja gig yang memerlukan perundangan untuk membolehkan industri ini bergerak seiring dengan perubahan.
Cadangan pindaan kali ini akan memberi manfaat menyeluruh, adil dan saksama kepada setiap pekerja dan majikan, setara dengan perundangan sedia ada di semenanjung.
Beliau berkata antara aspek penting ialah pertama, perlindungan diperluaskan kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji atau jenis pekerjaan; kedua, cuti bersalin dinaikkan daripada 60 hari kepada 98; ketiga, bapa juga diberi cuti paterniti selama 7 hari dan ia layak untuk semua isteri yang sah tetapi untuk lima anak pertama sahaja; dan minggu bekerja dikurangkan daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu.
“Ia melibatkan 12 pindaan utama kepada 62 fasal melibatkan 75 peratus daripada keseluruhan OBS. Justeru, saya dan barisan kepimpinan Negeri menaruh harapan yang tinggi kepada Kementerian Sumber Manusia agar cadangan Rang Undang-undang Pindaan OBS kali ini dapat dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang agar ia dapat dilaksanakan secepat mungkin agar pekerja dan majikan di Sabah dapat nikmati faedahnya,” katanya.
Hajiji yakin pindaan itu akan menaikkan imej Sabah di peringkat antarabangsa, terutamanya berkaitan isu “hak asasi manusia” dan “hak buruh”, isu penghapusan diskriminasi dan juga isu membasmi buruh paksa dan buruh kanak-kanak.
Beliau berkata pindaan itu juga akan memudahkan Malaysia, khususnya Sabah, meneroka dan menembusi pasaran yang lebih besar melalui “Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik” (CPTPP) melibatkan 11 negara anggota, yang hasilnya akan menarik lebih banyak pelabur akan datang, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


