
Dengan penuh tumpuan, kecekalan, dan keberanian yang luar biasa, pasukan ayah dan anak, Imran Mohamed dan Adam Darwisy, muncul sebagai juara dalam MR. TOY Remote Control Car Tournament yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pasangan tersebut mengalahkan 10 pasukan lain dari seluruh negara dalam perlumbaan sengit selama dua jam untuk merebut gelaran juara, dengan catatan masa 1 minit 14 saat pada pusingan pertama, 1 minit 25 saat pada pusingan kedua, dan hanya 1 minit 2 saat pada pusingan akhir. Pasukan dari Johor dan Perak masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Kejohanan peringkat kebangsaan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, memupuk semangat kerjasama, dan mempamerkan kemahiran perlumbaan kereta kawalan jauh. Terbuka kepada kanak-kanak dan ibu bapa, kejohanan ini menampilkan perlumbaan dua pusingan untuk pasukan dua pemain - seorang dewasa dan seorang kanak-kanak. Setiap ahli pasukan berlumba satu pusingan, dengan memberi tumpuan kepada kelajuan, strategi, dan kerjasama, di mana pasukan terpantas dari setiap negeri layak ke Pusingan Akhir.
Sebagai juara, Imran dan Adam, yang mewakili Negeri Sembilan, membawa pulang baucar tunai RM3,000 serta sebuah trofi.
Imran yang meluahkan kegembiraannya atas kemenangan tersebut, berkata, “Memenangi kejohanan ini adalah pengalaman yang hebat bagi kami. Kami melalui pelbagai emosi - sangat gugup pada dua pusingan pertama, terutamanya ketika penglihatan terhad apabila kereta berada di bawah jambatan. Namun, kami berjaya mengembalikan fokus dan keyakinan semasa pusingan akhir. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada keluarga kami atas sokongan mereka dan kepada MR.TOY kerana menganjurkan acara yang amat menyeronokkan ini!”
Kejohanan permainan peringkat kebangsaan ini menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM10,000, termasuk baucar tunai MR. TOY, trofi, dan pingat.
Pasangan naib juara, Ng Chee Ek dan Ng Kay Le dari Johor, membawa pulang baucar tunai RM2,000 dan sebuah trofi, manakala tempat ketiga diraih oleh pasangan ayah-anak dari Perak, Mohamad Khairul Faiz dan Mohammad Haqaish, yang menerima baucar tunai RM1,000 serta trofi.
Terdapat juga hadiah sagu hati berupa baucar tunai bernilai RM500 untuk lapan pasukan dari negeri-negeri lain.
Mengulas tentang kejohanan yang berlangsung di MR D.I.Y. PLUS, IPC Shopping Centre, Selangor, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata, “Ini merupakan kejohanan permainan pertama yang dianjurkan oleh MR.TOY. Sambutan yang diterima amat menggalakkan - kejohanan ini menarik lebih daripada 740 penyertaan hanya dalam tempoh dua hari selepas ia diumumkan. Saya sangat terharu melihat bagaimana inisiatif ini berjaya menyatukan keluarga dari pelbagai latar belakang. Kejayaan kejohanan ini jelas membuktikan bahawa MR. TOY bukan sekadar sebuah kedai mainan. Terima kasih kepada semua peserta kerana menjadikan acara ini begitu mengujakan - kami tidak sabar untuk menantikan acara seterusnya!” kata Goh.
Peringkat pertama kejohanan ini berlangsung antara 14 dan 15 Disember 2024 di 20 kedai MR. TOY terpilih di seluruh negara, menarik penyertaan seramai 742 peserta. Pusingan Akhir telah diadakan di MR D.I.Y. PLUS, IPC Shopping Centre, Damansara, Selangor, pada 28 Disember 2024.
Untuk maklumat lanjut mengenai MR. TOY’s Remote Control Car Tournament, layari laman web, https://www.mrtoy.com/ dan saluran media sosialnya di Facebook, Instagram, dan TikTok.


![Gelagat Makcik Nak Simpan & Bawa Sudu Ais Krim Balik Selepas Makan Buat Ramai Boleh ‘Relate’ [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)




