Pasukan B-16 Tabs A ungguli kejohanan empat penjuru

5 Jul 2022 • 6:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pasukan Bawah-16 Tabs A memenangi kejohanan bola sepak empat penjuru pra Suparimau selepas mengutip tujuh mata daripada dua kemenangan dan satu seri di padang latihan Tabs pada Ahad lalu.

Pasukan Bawah-14 Tabs A menduduki tempat kedua dengan lima mata, disusuli Pasukan Bawah-16 B dan Pasukan Bawah-17 masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Timbalan Pengerusi Tabs Safa Bandaraya, Lokman Sunggim berkata kejohanan itu dianjurkan oleh unit kejurulatihan mereka untuk mempersiapkan pasukan menghadapi saingan liga Suparimau yang dijadualkan setiap hujung minggu.

“Kami sangat berterima kasih kepada unit kejurulatihan diketuai jurulatih Matasan Ahmad dan pembantunya Roslan Wasli atas inisiatif mereka untuk menganjurkan kejohanan itu.

“Menerusi pertandingan ini pemain terbaik dapat dikenal pasti dan diserap ke dalam pasukan elit,” kata Lokman yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved