Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah Curi Perhatian, Presiden FIFA Ucap Tahniah Atas Kemenangan

LocalFootball
19 Nov 2026 • 10:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah Curi Perhatian, Presiden FIFA Ucap Tahniah Atas Kemenangan

Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, mengutus surat rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bagi mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan itu menjuarai Liga Bola Sepak Wanita Malaysia 2026.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, SAFA menyifatkan surat berkenaan sebagai penghormatan besar serta suntikan semangat kepada seluruh warga bola sepak Sabah, khususnya dalam memperkasakan sukan wanita di negeri itu.

Persatuan itu turut merakamkan penghargaan kepada Infantino atas pengiktirafan berkenaan, selain mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan dan Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman.

Presiden FIFA Ucap Tahniah Atas Kemenangan Pasukan Bola Sepak Sabah

Image from: Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah Curi Perhatian, Presiden FIFA Ucap Tahniah Atas Kemenangan

Penghargaan turut diberikan kepada barisan pengurusan SAFA yang memainkan peranan dalam memastikan kejayaan pasukan berkenaan.

"Pengiktirafan melalui surat rasmi daripada Presiden FIFA ini merupakan satu penghormatan besar dan suntikan semangat kepada seluruh warga bola sepak Sabah, khususnya dalam usaha memperkasakan pembangunan bola sepak wanita di negeri ini.

"Kejayaan ini bukan milik individu semata-mata, tetapi hasil sokongan, kerjasama, pengorbanan dan komitmen semua pihak yang terlibat.

Baca juga:

"Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus melangkah lebih jauh, mengharumkan nama Sabah serta menyumbang kepada kemajuan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Terima kasih atas segala sokongan dan kepercayaan. Kejayaan ini milik kita bersama!" kata SAFA.

Sementara itu, Infantino turut menyampaikan penghargaan kepada SAFA atas sokongan dan komitmen persatuan itu dalam membangunkan bola sepak wanita di negara ini.

Image from: Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah Curi Perhatian, Presiden FIFA Ucap Tahniah Atas Kemenangan

Beliau turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan presiden persatuan itu sekali lagi dalam masa terdekat.

"Sambil merakamkan penghargaan kepada anda dan persatuan atas sokongan, usaha serta dedikasi berterusan dalam pembangunan bola sepak wanita di negara anda, saya berharap dapat bertemu anda sekali lagi tidak lama lagi," tulisnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved