Haaland buktikan status ‘mesin gol’

Football
18 Nov 2026 • 3:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Haaland buktikan status ‘mesin gol’

COPENHAGEN: Sepakan penalti Erling Haaland pada masa kecederaan melengkapkan kebangkitan dramatik untuk mengesahkan kemaran Norway ke suku akhir Liga Negara-Negara, semalam.

Norway melakar kemenangan penting 3-2 ke atas Wales untuk menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan A4 mengatasi Denmark, biarpun kedua-dua pasukan mengumpul sembilan mata.

Dalam aksi menentang Wales, Haaland menjaringkan dua gol buat Norway, termasuk gol kemenangan pada minit ke-96 selepas pertahanan Denmark, Joachim Andersen, dihukum kerana bola terkena tangan.\

Jaringan berkenaan melengkapkan kebangkitan luar biasa Norway dan menyerlahkan ketajaman Haaland sebagai ‘mesin gol’, sekali gus mencetuskan sambutan meriah dalam kalangan penyokong pasukan pelawat.

“Ini antara tahun paling gila dalam bola sepak. Seronok dapat menutup perlawanan ini dengan penuh bergaya. Sebelum perlawanan, Stale Solbakken sudah meminta kami untuk menamatkan tugasan ini dengan cara yang sempurna.

“Sangat mengujakan untuk menjadi warganegara Norway. Saya patut menjaringkan hatrik pada perlawanan kali ini namun kejayaan mencetak dua gol sudah cukup untuk menggembirakan saya,” kata Haaland.

Denmark memulakan perlawanan dengan cukup sempurna apabila mendahului dua gol dalam tempoh 15 minit menerusi Rasmus Hojlund dan Pierre-Emile Hojbjerg namun Haaland serta Martin Odegaard mula mencetuskan sensasi untuk mengesahkan tiga mata buat Norway.

Keputusan ini juga mengekalkan penguasaan Norway yang turut meraih kemenangan 3-2 ke atas Denmark pada perlawanan pertama September lalu, sekali gus menyaksikan skuad kendalian Stale Solbakken menamatkan aksi kumpulan di tangga kedua Kumpulan A4. – AGENSI

The post Haaland buktikan status ‘mesin gol’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved